A A A

TAWARAN MENYERTAI BENGKEL PENULIS BUKU BERGAMBAR KANAK-KANAK

TAWARAN MENYERTAI BENGKEL PENULIS BUKU BERGAMBAR KANAK-KANAK

DBPWS dan Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) akan menganjurkan Bengkel Penulisan Buku Bergambar Kanak-kanak DBPWS-PPAJ 2023 untuk penulis yang berasal atau menetap di negeri Johor sahaja.

Butiran bengkel adalah seperti yang berikut:

Tarikh: 15 dan 16 Mei 2023 (Isnin – Selasa)
Masa: 9:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: PPAJ, Johor Bahru, Johor.

Penganjuran bengkel ini untuk berkongsi kaedah mudah menghasilkan manuskrip dan penyediaan ilustrasi mengikut spesifikasi penerbitan DBP dan PPAJ.

Bengkel ini akan diisi dengan cara mudah mencari idea penulisan dan penyediaan manuskrip oleh Puan Norhayati Daud dan cara mudah menyediakan ilustrasi yang akan disampaikan Puan Zanariah Salam.

– Bengkel terhad untuk 50 peserta sahaja.
– Makan minum disediakan oleh pihak penganjur
– Penginapan adalah tanggungan peserta sendiri.
– Bengkel adalah percuma.
– Penyertaan boleh dibuat dengan mendaftar melalui kod QR (http://tiny.cc/dbpws) yang disediakan atau boleh menghubungi urus setia bengkel, Puan Norzuzilawati Sulaiman (Norzuzilawati@dbp.gov.my) untuk pertanyaan.

Kongsi