Program Meet The Scientist Siri 14

Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) Cawangan Bukit Gambir dengan kerjasama rakan kolaborasi membawakan program Meet The Scientist (Siri 14) yang bertemakan “ChemFun: DIY Toothpaste”.

Sesi interaktif kali ini akan dikendalikan oleh pakar jemputan khas, ChM. Dr. Mohammad Arif Budiman bin Pauzan, Pensyarah Kanan dari Jabatan Fizik dan Kimia, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 16 Julai 2026 (Khamis)
Masa: 9.00 Pagi – 12.00 Tengah hari
Tempat: Perbadanan Perpustakaan Awam Johor, Cawangan Bukit Gambir

Mari bersama-sama meneroka keunikan sains kimia dan mempelajari cara membuat ubat gigi sendiri secara praktikal! Semua dijemput hadir.

Kongsi