Program Cuti Sekolah “Creative Sparks: When Science Meets Art” di Petrosains PlaySmart™ Johor Bahru
Sertai kami untuk pengembaraan sains dan seni yang mengujakan!
Bersempena dengan musim cuti sekolah ini, Petrosains PlaySmart™ Johor Bahru dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Johor membawakan siri bengkel Creative Sparks: When Science Meets Art. Program ini dirangka khas untuk mencetuskan kreativiti dan minat anak-anak dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) melalui aktiviti seni yang interaktif.
Maklumat Program:
-
Tarikh: 29 Disember 2025 – 11 Januari 2026
-
Tempat: Perbadanan Perpustakaan Awam Johor, Johor Bahru.
-
Yuran Penyertaan: PERCUMA (Kemasukan adalah percuma untuk semua pengunjung).