Jom sertai Malaysia #QuranHour pada 29 Ogos 2024
Di sebalik laungan merdeka yang penuh semangat, ada jiwa yang merdeka dari segala bentuk penindasan, sama ada fizikal atau spiritual. Jiwa merdeka sebenar adalah jiwa yang sentiasa berpaut kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah, serta memahami dan mengamalkan Rukun Negara sebagai panduan hidup bernegara.
Malaysia #QuranHour bertemakan “Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara bertujuan memperkukuhkan semangat kemerdekaan di kalangan rakyat Malaysia melalui penghayatan nilai-nilai murni yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah serta Rukun Negara.
Jom sertai Malaysia #QuranHour, daftar dan hadir sebagai peserta di lokasi perdana Masjid Bandar Seri Alam pada 29 Ogos 2024 bersamaan dengan 24 Safar 1446H jam 11.00 pagi
Atau melaksanakan di lokasi masing-masing dengan mendaftar Hotspot di: https://bit.ly/HOTSPOTMQH2024
Anda boleh muat turun bahan-bahan promosi penganjuran Malaysia #QuranHour di: https://bit.ly/PROMOMQH24