Jom Baca Bersama untuk 10 Minit: Semarakkan Budaya Membaca Peringkat Kebangsaan
Selaras dengan hasrat memartabatkan budaya ilmu, kami dengan sukacitanya menjemput seluruh warga organisasi dan masyarakat untuk menyertai program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit” yang akan berlangsung secara serentak di seluruh negara.
Program ini merupakan inisiatif murni untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, sekali gus menyokong slogan “Membaca Menggembirakan, Membaca Membina Bangsa”. Marilah kita meluangkan masa sejenak untuk berhenti seketika daripada rutin harian dan menghayati dunia pembacaan.
Butiran Program:
-
Tarikh: 23 April 2026 (Khamis)
-
Masa: 11.00 Pagi – 11.10 Pagi
-
Lokasi: Di lokasi masing-masing (Pejabat/Rumah/Sekolah)
Pendaftaran boleh dilakukan melalui imbasan kod QR yang tertera pada poster.
#MalaysiaMembaca #JohorMembaca