Individu yang mampu berkomunikasi dengan baik dan berkesan dapat menonjolkan kewibawaan diri dan organisasi. Imej memberi kesan pertama dalam membina rangkaian hubungan. Manakala komunikasi sangat penting untuk membina hubungan profesional. Mengetahui dan mengaplikasikan teknik melontarkan suara dan nada suara yang jelas dan difahami mampu meningkatkan reputasi diri dan organisasi.