Secara umumnya perpustakaan boleh dikunjungi tanpa menjadi ahli. Namun dengan mendaftar menjadi ahli, pengguna dapat membuat pinjaman bahan dan penggunaan peralatan multimedia.
Semua warganegara Malaysia layak untuk menjadi ahli perpustakaan dengan percuma.
KATEGORI |
YURAN PENDAFTARAN
( Percuma )
|
YURAN TAHUNAN
(Percuma)
|
Kanak-kanak ( di bawah 6 tahun ) |
Percuma
|
Percuma
|
Kanak-kanak ( 7-12 tahun ) |
Percuma
|
Percuma
|
Pelajar Sekolah Menengah ( 13-19 tahun ) |
Percuma
|
Percuma
|
Pelajar Universiti ( Sila tunjuk kad pelajar ) |
Percuma
|
Percuma
|
Dewasa |
Percuma
|
Percuma
|
Keluarga ( Tiada had bilangan anak : sila sertakan surat beranak ) |
Percuma
|
Percuma
|
Warga Emas ( 50 tahun ke atas ) |
Percuma
|
Percuma
|
Korporat / Jabatan |
Percuma
|
Percuma
|
Warga Asing |
Percuma
|
Percuma
|
Orang Kurang Upaya |
Percuma
|
Percuma
|
Panduan Untuk Mengisi Borang Keahlian
Butir-butir peribadi seperti nama, no. kad pengenalan, tarikh lahir , no. surat beranak ( bagi kanak-kanak ) , alamat dan sebagainya perlulah diisi dalam borang yang disediakan. Bagi pelancong / warga asing salinan pasport diperlukan. Borang ini tidak memerlukan gambar.
Kad keahlian boleh diperolehi dalam masa 15 minit. Walaubagaimanapun pada waktu-waktu tertentu seperti pada hari pendaftaran yang ramai berkemungkinan proses menjadi lewat . Sekiranya wujud permasalahan seperti itu atau permasalahan teknikal, kad keahlian sementara akan diberi bagi memudahkan pengguna membuat pinjaman buku pada hari yang sama mereka mendaftar.
Keistimewaan Ahli
Ahli Perpustakaan boleh meminjam 15 naskhah buku untuk tempoh 14 hari. Ahli juga dibenarkan menggunakan segala perkhidmatan yang disediakan seperti perkhidmatan CD, DVD, menyewa bilik pelbagai guna dan bilik mesyuarat. Untuk bahan-bahan yang tidak boleh dipinjamkan, ahli boleh memohon dan kelulusan adalah tertakluk kepada budibicara pustakawan. Ahli-ahli juga akan diundang menyertai program-program membudayakan ilmu.
Bagi ahli kanak-kanak akan diberi keutamaan untuk mengikuti program-program galakan membaca yang dijalankan dari masa ke semasa.
|