Earthblog

A Real-World Joomla! Template

 

Berita & Pengumuman

MAKLUMAN

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM JOHOR Lot 19745 Jalan Yahya Awal 80100 Johor Bahru Johor akan di tutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan bermula:

7 Disember 2017 (Khamis)

hingga

16 Mei 2018 (Rabu)

Segala kesulitan amat dikesali

HARAP MAKLUM.

 

PROGRAM JOM BACA UNTUK 10 MINIT

24 APRIL 2018

11.00 PAGI

-Program untuk meningkatkan kesedaran kepentingan membaca

-CARA:Berhenti sebentar dari melakukan apa-apa juga pekerjaan/aktiviti untuk bersama-sama seluruh rakyat Malaysia membaca selama 10 minit pada 24 April 2018 pukul 11.00 pagi.

 

Tiada Kekosongan Jawatan Buat Masa Ini.

Panduan PDF Cetak E-mail

panduanBagi menjamin keselesaan semasa berada di dalam bangunan Perpustakaan, sila patuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

1.Pastikan telefon bimbit berada dalam mod senyap ketika berada di dalam perpustakaan ( penggunaan telefon bimbit untuk tujuan sms, akses internet dan sebagainya adalah dibenarkan. )

 

2.Apabila bercakap di telefon bimbit , pengguna perlulah menggunakannya di luar perpustakaan sebab pihak pengurusan khuatir pengguna tidak dapat mengawal suara sehingga mengganggu pengguna lain.

 

3.Bercakap dengan nada perlahan supaya tidak mengganggu pengguna lain.

 

4.Tidak tidur di dalam perpustakaan supaya ruang tersebut dapat digunakan kepada pengguna yang benar-benar mahu menggunakan perpustakaan.

 

5.Tidak menconteng dan mengoyakkan bahan bacaan sebab perbuatan tersebut menafikan hak pengguna lain untuk membaca.

 

6.Hanya makan & minum di ruang kafetaria yang disediakan. Membawa air minuman adalah dibenarkan & pengguna boleh minum di sebelah pintu masuk atau di luar perpustakaan.

 

7.Merokok, meludah, membawa binatang peliharaan dan melakukan perbuatan sumbang di dalam perpustakaan adalah dilarang sama sekali.

 

8. Tidak mengubah susunatur perabot dan peralatan supaya kekal kemas dan tidak mengelirukan pengguna lain.

 

9. Ibubapa perlu membantu pihak pengurusan perpustakaan dengan mengawal anak-anak supaya mereka tidak mengganggu pengguna lain memandangkan ruang perpustakaan adalah terhad.

 

Perpustakaan tidak menyediakan perkhidmatan ‘Pusat Perkhidmatan Penjagaan Kanak-kanak' . Untuk itu, ibubapa adalah dilarang sama sekali meninggalkan anak-anak di perpustakaan tanpa pengawasan.

 

10. Di mana-mana jua tempat awam, gayakanlah pakaian yang sopan tetapi tidak menjolok mata.
 

Search

Pilihan Bahasa

Malay English French German Portuguese Spanish

Maklumat Terkini

Statistik Pelawat

mod_vvisit_counterHari Ini0
mod_vvisit_counterSemalam164
mod_vvisit_counterMinggu Ini0
mod_vvisit_counterBulan Ini3642
mod_vvisit_counterKeseluruhan719959