Buat julung-julung kalinya, sebuah perpustakaan awam menampilkan suasana istimewa yang lain dari suasana kebiasaan sesebuah perpustakaan.
Ruang santai yang menarik dengan sebuah kafetaria disediakan bagi membolehkan pengunjung menikmati perkembangan dunia dengan akhbar-akhbar harian dan majalah sambil menikmati juadah.
Pembangunan koleksi yang komprehensif dan terkini diharap dapat menepati keperluan segenap lapisan masyarakat iaitu kanak-kanak, remaja, dewasa, korporat, penuntut dan sebagainya.Semoga anda dapat meluangkan masa mengunjungi perpustakaan.
|