Buat julung-julung kalinya, sebuah perpustakaan awam menampilkan suasana istimewa yang lain dari suasana kebiasaan sesebuah perpustakaan.
Ruang santai yang menarik dengan sebuah kafetaria disediakan bagi membolehkan pengunjung menikmati perkembangan dunia dengan akhbar-akhbar harian dan majalah sambil menikmati juadah.
Pembangunan koleksi yang komprehensif dan terkini diharap dapat menepati keperluan segenap lapisan masyarakat iaitu kanak-kanak, remaja, dewasa, korporat, penuntut dan sebagainya.Semoga anda dapat meluangkan masa mengunjungi perpustakaan. |

Bangunan baru PPAJ terdiri dari 3 tingkat dengan luas tanah 2.661 ekar dan luas lantai 45,000 kaki persegi. Perpustakaan ini menyediakan 450 tempat duduk yang dibahagikan kepada ruang bacaan ringan, ruang remaja, ruang dewasa dan ruang kanak-kanak. Ianya juga menyediakan televisyen, pemain cakera padat dan pemain DVD bagi tujuan menonton filem dan mendengar muzik. Buat permulaan, jumlah keseluruhan koleksi adalah sebanyak 100,000 naskah dimana koleksi dewasa meliputi 60 % dan koleksi kanak-kanak meliputi 40 %. Keseluruhan perpustakaan juga dilengkapi dengan kemudahan WiFi. |
 Bagi menjamin keselesaan semasa berada di dalam bangunan Perpustakaan, sila patuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
|
Baca Lagi: Panduan
|
|
Lokasi Perbadanan Perpustakaan Awam Johor |
|
|
|
|
|